nuffnang ads

Suami pelakon Choi Ji-woo adalah pekerja syarikat IT


Yeayyyy... pelakon yang i minat dah kawen...

Siapa yang lahir zaman 80-90an mesti kenal pelakon ni.. Sebab pelakon dan Drama dia ni la korea dikenali di asia.. Winter Sonata.. sanggup tunggu depan tv sabar menanti tiap-tiap episod kan.. hehe... Lepas Winter Sonata.. berderet Drama Korea masuk.. tuan tanah minat apa saje drama yang ada choi ji woo ni.. boleh di katekan semua drama yang dibintangi dia memang best la citenya.. dengan zaman yang makin canggih ni.. boleh tengok balik dah drama-drama ni tanpa beli atau cari cd2 nya dah..



Semalam dapat berita Choi ji woo dah kawennn.. yeay.. tapi rahisa btl husband nya.. takpelah kan.. janji hepi dia kahwin akhirnya.. bertuah pasangan dia ..hehe..



Ni antara info yang di dapati di google..

Pasangan pelakon Choi Ji-woo adalah pekerja syarikat IT di usia 30-an, kata sumber industri hiburan .. Peminat mesti ingin tahu tentang pengantin lelaki selepas bintang berusia 43 tahun itu memdedahkan perkahwinannya di tempat yang tidak didedahkan hari semalam. Sedikit yang diketahui mengenai pengantin laki-laki iailah "dia pekerja pejabat yang dikenali Choi Ji Woo selama kira-kira satu tahun yang lalu" seperti yang dimaklumkan oleh agensinya, YG Entertainment.







Pengantin lelaki adalah lelaki yang tinggi dan kacak yang lebih muda daripada pengantin perempuan.
Semasa dia membuat pengumuman kejutan pada laman website peminatnya , Choi juga memohon maaf daripada para peminat kerana tidak memberitahu mereka tentang berita itu kerana pengantin lelaki itu "bukan tokoh awam" dan dia mahu melindungi privasi dia dan keluarganya.
Perkahwinan itu berlaku di studio kecil sebuah hotel di tenggara Seoul dengan hanya ahli keluarga dan kawan rapat pasangan .menurut sumber., dia tidak memaklumkan kenalannya dalam industri dan kawan selebriti lain tentang rancangan perkahwinannya, kata mereka. "Saya menyedari perkahwinan itu hanya dari akhbar dan sangat terkejut," kata seorang pelakon yang rapat dengan Choi. "Saya faham dia tidak mengatakan apa-apa kerana dia mahu mempunyai perkahwinan yang tenang."    Dia akan memulakan berbulan madunya dua hari selepas perkahwinan itu, menurut agensi itu. Choi membuat debutnya pada 1994 dalam drama MBC dan meningkat menjadi bintang ketika muncul pada "Winter Sonata" KBS 2TV pada tahun 2002 dengan pelakon Bae Yong-joon. Baru-baru ini, dia muncul di siri TVN "The Most Beautiful Goodbye" tahun lepas.



Selamat Pengantin Baru Choi Ji Woo from Malaysia..kikiki

JANGAN PECAYA UBAT KURUS

Assalamualaikum.. hi..

Hmm.. Kadang gelak sendiri bila baca orang promot ubat-ubat kurus ni.. Lawak la.. Ada juga yang pecaya ye.. Korang kalau nak kurus.. kena usaha tau.. elakkan fikir jalan pintas yang tentu akan memudaratkan dan buang duit korang.


Kat facebook banyak iklan ubat-ubat ni..kadang daripada kwn kita sendiri.. Nak tau apa yang kelakarya? Ha ni nak cite.. ce citer.. ce citer.. hehe..

Macam ni.. al kisahnya.. sy adalah kwn yang terjebak dalam bisness ubat kurus ni. setiap hari ada je iklan dia lalu kat news feed fb .. yang nyatakan.. ubat ni sangat berkesan.. tayang gambar sendiri yang telah di edit.. orang pon pecaya la.. wahh.. betul lah berkesan..hehe.. tapi nyata nye.. keroni2 kawan2 dia semua montel-montel.. apekah ini semua? hahaha.. tapi pelik ..ada gak yang beli kan.. betullah orang kata.. perangai manusia ni lain-lain.. hehe.. Tapi perasan sejak akhir-akhir ni.. tak nampak dah iklan dia sangat.. not sure la kenapa .. Nak nasihat kat korang yang nk kurus dengan makan ubat-ubat ni.. fikirlah banyak-banyak.. jangan nanti menyesal tak sudah..






Saya ada kawan.. sepanjang puasa dia turun 15kg.. kurus weii dia sekarang.. saya ada tanya dia apa rahsia.. Dia cakap senang je..TEKAD NAK KURUS.. Mase sahur dia makan Oat dengan air je.. 2 Jam sebelum buka, dia bersenam selama sejam.. Then buka dia makan sikit je.. sebab dia kate bile badan dah penat.. selera pon makin mengurang.. Sabtu Ahad pulak adalah Cheatday dia.. dia makan apa dia nak.. ..Macam tu lah dia selama sebulan.. serius wei... Nampak susut sangat badan dia.. .. TEKAD wei.. TEKAD..


Satu lg, ada tertengok video pelawak Johan Raja Lawak tu.. Korang pon tau kan dia dah kurus sekarang.. Dia cakap dia makan macam biasa .. cuma dia makan sehingga tengahari je.. apa je pon korang telan.. tapi SELEPAS LUNCH.. dia xmakan .. lapar ..minum air.. lapar minum air.. Hari-hari jogging bersukan.. Kena kuat la hati kan.. hehe.. Ni video nye .. ce tengok..:  https://youtu.be/V9GrZW4GM38


Korang pilih la mana korang nak ikut.. tapi pendapat sy... elakkan lah ubat-ubat ni.. dah sah-sah penjual nya montel.. takkan korang nak pecaye kan.. hehe.. Korang ingat dia jual tu.. dorang sendiri makan ke.. TAK wei.. sebab dorang pon takut kesan sampingan nya..


Pendek kata, kalau nak sesuatu result yang baik.. korang kena korban sikit.. susah susah dahulu.. senang senang kemudian kate orang.. Selamat mencuba korang.. Semoga berjaya.

Kedai Makan Murah , Menarik dan Berpatutan Di Sekitar Putrajaya - Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni terasa nak kongsi kedai-kedai makan yang Best di sekitar putrajaya khas untuk pengunjung luar . Lately kedai-kedai makan disini semakin bercambah. Dengan wujudnya kawasan-kawasan komersil yang baru seperti di Diplomatik presint 15, Ayer8 dan Bazaar 8 Presint 8.


Oleh itu, saya cuba kongsikan kepada anda antara kedai-kedai yang sangat berpatutan atau yang wujud atau yang sesuai untuk anda dan family anda


Berikut antaranya:


1. Nasi Lemak Royale Kedah , Presint 8


Kepada korang yang suka makan mamak ,dah bosan dengan kedai mamak dan nk try half mamak..hehe.. bolehlah cuba makan disini. Ape yang menarik di sini adalah Ayam Gorengnya. Size yang besar, Kulit rangup dan sedap. Sesetengah orang ckp Mahal. Tapi bagi sy, sgt berpatutan.. Nasi+Ayam Goreng + sayur = RM7.00 saje. Seperti yang saya katekan tadi. size ayam nye agak besar dan selalu di topup.. Kalau korang bernasib baik, dapat ayam fresh dari kuali.. sedap sehingga menjilat jari.. Menu siang lain dari menu lain dimane menu siang hanya ada nasi berlauk , manakala malam ditambah menu ringan yang lain seperti  mee/bihun sup.. satay ..




Nampak sedap kan... hehe
Lokasi nya adalah di Ayer8 Presint 8 . Boleh google nama kedai tu untuk waze .




2. Dayang Sarawak  Corner , Presint 15


Hah. Putrajaya pon dah ada Kedai ni.. mane2 orang sabah sarawak yang duduk sekitar putrajaya yang teringin makan makan sarawak.. boleh la pi waze kedai ni. Ikut pemerhatian, kedai ni sentiasa ramai pengunjung. harga pon berpatutan. Kedai ni terletak di Diplomatik Presint 15. 




 





3.  Makanan Arab 

Kalau teringin makan makanan arab. sy cadangkan korang try sharwarma di Foodcourt Alamanda. Di situ  terbaik sharwarma nya sebab chef nya pon dari arab. Isi banyak dan harga pon ok. Kalau nak proper kedai arab .. Boleh pegi ke Diplomatik Presint 15 . Nama kedai Mr Kabab & Briyani Putrajaya . Ape yang best di sini, kedainya besar dan selesa.. 






Ok. setakat ni je hari ini . .. naati akan update dari masa ke semasa..heheh..


Cara Mudah buat Link Whatsapp

Assalamualaikum ..

Lame rase tak update blog ni.. bersawang sungguh.. terima kasih pada yang terbuka blog ni.. baru perasan setiap hari ade pelawat rupenye blog ni even bersawang..hehe.


Ok..kali ni nk cite pendek je.. sbb sekarang pon dah jam 1.19pagi.. mate xboleh lelap sbb cuaca tersangat bahang sejak dua menjak ni..


ok..hari ni nk ajar cara paling mudah nak buat link whatsapp.. sangat berguna pada yang meniaga online yg suka iklan kat page atau group..

copy je ni tambah no.tel anda..

https://www.wasap.my/+6(no.tel anda)

Sekian,terima kasih

hihi..slmt mlm...

PERKONGSIAN RAKYAT MALAYSIA DI CHINA MENGAHADAPI SITUASI LOCKDOWN KERANA CORONA VIRUS (COVID-19)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sekarang ni satu dunia risau berkenaan covid19 kan. Malaysia pon meningkat mendadak kes positif cov...