nuffnang ads

cara tambah pendapatan dengan mudah nuffnang

Ya Allah.. akhirnye berjaye jugak link nuffnang ada di blog ni.. sekian lame mencube.. tgk nuffnang hasil masih RM0.00.. dh byk blog masuk..google.. tutorial.. tp xbejaye..sbb semua ssh nk fhm Nak dijadikan cerite ..semalam terase nk cube lg n google .. terbukak 1 blog ni.. care nye simple.. dannnn.. hasilnyeeee. Yeayyyyyyyyy Alhamdulillah.. hope rezeki melimpah ruah.. amin..

Cara buat duit dengan nuffnang

Copy paste dari bloger hamba allah ni.. Minta izin ye. . Huhu Hari ni nak share cara bagaimana untuk meraih keuntungan lumayan menerusi pengiklanan Nuffnang di blog. Tips ini berdasarkan pengalaman Yumida sendiri. So, mungkin berbeza dengan cara blogger lain. Cara buat duit dengan Nuffnang ada yang mudah, ada yang sukar! Ketahui rahsia membuat duit dengan Nuffnang. Jom terjah! Jana pendapatan lumayan menerusi pengiklanan Nuffnang di blog 1) Pastikan kedudukan iklan Nuffnang tepat seperti disarankan oleh Nuffnang, agar blog kita terpilih oleh advertiser untuk mengiklankan produk mereka. 2) Dapatkan status glitterati, yang mana akan memberi kelebihan kepada kita berkaitan tawaran istimewa yang diberi oleh Nuffnang antaranya sponsored post, kempen CPUV, Kempen Blogbuster, tawaran tiket ke konsert, dan banyak lagi! Harus diingat, status glitterati akan hilang jika kita meletakkan iklan pesaing Nuffnang antaranya Komli, Innity, Adsense dan lain-lain. Cara buat duit dengan Nuffnang Kempen CPUV blog Yumida 3) Dapatkan tawaran kempen CPUV (Cost Per Unique Visit) sebanyak mungkin! Rajinkan update entry blog, update survey, update bio blogger dan menghantar tiket pertanyaan. Sebab apa? Agar pihak Nuffnang sedar akan kewujudan blog kita. Harus diingat, selepas advertiser memilih blog yang mereka ingin iklankan produk mereka, tugas Nuffnang pula yang akan menapis senarai blogger. So, blogger yang rajin mengemaskini survey, kemungkinan besar bakal dipilih untuk kempen CPUV! Harus diingat..ini pesanan pihak Nuffnang: Pemilihan blog adalah bergantung sepenuhnya kepada keperluan pengiklan, dan industri pengiklanan juga sangat bermusim. Oleh itu mungkin ada masa di mana tidak ada pengiklan mencari kumpulan blog tertentu untuk sementara waktu. Pengiklan berhak menentukan blog pilihan untuk mereka beriklan. Setiap blog akan bersaing dalam genre masing-masing dan juga bersaing berdasarkan kedudukan demografik. Oleh kerana terdapat lebih 100,000 blog dalam komuniti, jadi ianya tidak menghairankan apabila kebanyakkan blog tidak dipilih untuk mendapat CPUV Nuffnang. 4) Selepas mendapat kempen CPUV, tingkatkan trafik blog kita. Sebab apa, CPUV ni dibayar mengikut unique visit (pelawat unik) yang datang ke blog kita. Semakin ramai yang datang ketika kempen itu berjalan di blog, semakin tinggi nilai pendapatan yang kita dapat. 5) Tetapkan entry mengikut jadual. Dinasihatkan, agar jangan tergesa-gesa untuk publish entry. Rugi jika entry dipaparkan tetapi tidak menyumbang pendapatan. Apa yang Yumida kaji, kebiasaan iklan Nuffnang keluar pada waktu tertentu. Jam 8 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 8 malam, 10 malam, 12 tengah malam, dan jam 6 pagi. Iklan ni tidaklah disiarkan dalam tempoh yang lama. So, rebut peluang dengan penjadualan entry antara waktu di atas. 6) Promosi iklan Nuffnang di entry kita ketika ia sedang berlangsung. Nyatakan apa iklan tersebut, maklumat lengkap iklan, apa faedah iklan tersebut buat pembaca. Jika pembaca berminat akan iklan tersebut, mereka akan klik. 1 klik iklan bernilai RM0.25 bagi berstatus glitterati. Status ordinary bernilai RM0.15 per klik iklan. Inilah iklan kempen CPC (Cost Per Click). Kalau orang klik akan menjana pendapatan. Cara buat duit dengan Nuffnang Kempen CPC blog Yumida 7) Buat entry penghargaan dan menayangkan iklan CPUV yang Nuffnang tawarkan kepada kita. Nyatakan apa iklan tersebut, maklumat lengkap iklan, website iklan, apa faedah iklan buat pembaca. Hebahan ini membantu mempromosi iklan apa yang sedang berlangsung di blog kita. Biasanya, ketika mana pihak Nuffnang tawarkan kempen CPUV kepada kita, iklan tersebut sedang bergiat aktif di blog. So, secara tak langsung, kehadiran pembaca yang tertarik dengan entry penghargaan tersebut akan menyumbang pada pendapatan CPUV dan jika mereka baik hati, akan klik iklan tersebut. Lantas menyumbang pula pada pendapatan CPC. Boleh lihat contoh entry penghargaan di bawah: cpuv nuffnang, Talent Corp SFCF, kempen cpuv, cost per unique visits Artikel penghargaan pemberian kempen CPUV: CPUV Nuffnang: Talent Corp SFCF 8) Sahut cabaran menghasilkan video andai kita ditawarkan untuk kempen Blogbuster. Menghasilkan video tidaklah sesukar mana. Tapi anda akan mendapat pendapatan ratusan ringgit hanya dalam tempoh beberapa minggu! Berikut merupakan hasil pendapatan Yumida menerusi kempen blogbuster. Cara buat duit dengan Nuffnang Pendapatan kempen Blogbuster (Switch 2 U) RM540.00 – tempoh berlangsung 3 minggu Cara buat duit dengan Nuffnang Pendapatan kempen Blogbuster (Ambi Pur) RM401.00 – tempoh berlangsung 2 minggu 9) Terima tawaran sponsored post dari Nuffnang dan berikan respon dengan segera! Sebab apa, first come first serve. So, bertindak dengan cepat. Bayaran dari sponsored post ni juga tersangatlah lumayan. Cara buat duit dengan Nuffnang Tawaran sponsored post dari Nuffnang melalui email Yumida Tetttt....habis.... Rata-rata blogger bila ada blog, akan letak iklan Nuffnang di blog mereka. Ada yang mudah menjana pendapatan. Ada yang akaun Nuffnangnya statik. Termasuk diri Yumida sendiri, juga pernah merasai akaun Nuffnang statik, tak berganjak. Moga perkongsian ini memberi manfaat buat semua rakan pembaca. Tiada salahnya.... sambil kita berblogging, meluahkan ilham, meluahkan karya, sambil kita menjana pendapatan sampingan. Berblogging itu menyeronokkan! Jika kita memanfaatkan penggunaan internet semaksimumnya, pasti mendatangkan banyak faedah buat diri kita. Kan kan.... Selamat ber-Nuffnang :)

PERKONGSIAN RAKYAT MALAYSIA DI CHINA MENGAHADAPI SITUASI LOCKDOWN KERANA CORONA VIRUS (COVID-19)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sekarang ni satu dunia risau berkenaan covid19 kan. Malaysia pon meningkat mendadak kes positif cov...