nuffnang ads

Suami pelakon Choi Ji-woo adalah pekerja syarikat IT


Yeayyyy... pelakon yang i minat dah kawen...

Siapa yang lahir zaman 80-90an mesti kenal pelakon ni.. Sebab pelakon dan Drama dia ni la korea dikenali di asia.. Winter Sonata.. sanggup tunggu depan tv sabar menanti tiap-tiap episod kan.. hehe... Lepas Winter Sonata.. berderet Drama Korea masuk.. tuan tanah minat apa saje drama yang ada choi ji woo ni.. boleh di katekan semua drama yang dibintangi dia memang best la citenya.. dengan zaman yang makin canggih ni.. boleh tengok balik dah drama-drama ni tanpa beli atau cari cd2 nya dah..



Semalam dapat berita Choi ji woo dah kawennn.. yeay.. tapi rahisa btl husband nya.. takpelah kan.. janji hepi dia kahwin akhirnya.. bertuah pasangan dia ..hehe..



Ni antara info yang di dapati di google..

Pasangan pelakon Choi Ji-woo adalah pekerja syarikat IT di usia 30-an, kata sumber industri hiburan .. Peminat mesti ingin tahu tentang pengantin lelaki selepas bintang berusia 43 tahun itu memdedahkan perkahwinannya di tempat yang tidak didedahkan hari semalam. Sedikit yang diketahui mengenai pengantin laki-laki iailah "dia pekerja pejabat yang dikenali Choi Ji Woo selama kira-kira satu tahun yang lalu" seperti yang dimaklumkan oleh agensinya, YG Entertainment.







Pengantin lelaki adalah lelaki yang tinggi dan kacak yang lebih muda daripada pengantin perempuan.
Semasa dia membuat pengumuman kejutan pada laman website peminatnya , Choi juga memohon maaf daripada para peminat kerana tidak memberitahu mereka tentang berita itu kerana pengantin lelaki itu "bukan tokoh awam" dan dia mahu melindungi privasi dia dan keluarganya.
Perkahwinan itu berlaku di studio kecil sebuah hotel di tenggara Seoul dengan hanya ahli keluarga dan kawan rapat pasangan .menurut sumber., dia tidak memaklumkan kenalannya dalam industri dan kawan selebriti lain tentang rancangan perkahwinannya, kata mereka. "Saya menyedari perkahwinan itu hanya dari akhbar dan sangat terkejut," kata seorang pelakon yang rapat dengan Choi. "Saya faham dia tidak mengatakan apa-apa kerana dia mahu mempunyai perkahwinan yang tenang."    Dia akan memulakan berbulan madunya dua hari selepas perkahwinan itu, menurut agensi itu. Choi membuat debutnya pada 1994 dalam drama MBC dan meningkat menjadi bintang ketika muncul pada "Winter Sonata" KBS 2TV pada tahun 2002 dengan pelakon Bae Yong-joon. Baru-baru ini, dia muncul di siri TVN "The Most Beautiful Goodbye" tahun lepas.



Selamat Pengantin Baru Choi Ji Woo from Malaysia..kikiki

No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN RAKYAT MALAYSIA DI CHINA MENGAHADAPI SITUASI LOCKDOWN KERANA CORONA VIRUS (COVID-19)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sekarang ni satu dunia risau berkenaan covid19 kan. Malaysia pon meningkat mendadak kes positif cov...