nuffnang ads

KERETA ROSAK PROBLEM - PUNCA OD (OVERDRIVE) ASIK NYALA MYVI

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Jumaat

Hari ni terasa nak post berkenaan masalah/problem kereta .

Aku pengguna Myvi sebelum ni. Ada Sekali tu kereta aku buat hal . Bila kita drive ..tiba-tiba OD akan berkelip, tekan pedal minyak tak mau go sangat .. dia go tapi meneran dan slow. aku kena berhenti tepi jalan . on of on of enjin ..main pusing2 stering kereta sampai OD TU TAK NYALA LAGI...baru boleh sambung drive ..  Stress tau tak.. jadi tak berani nak bawak lagi2 time jalan jam.. buatnya dia nyala tengah-tengah jam tu.. tak ke giler ...huhu.. Bile nak bawak tu kena slow je..  tak boleh bagi di terkejut masa tekan minyak.. terkejut sikit dia nyala.....

Lama-lama aku parking je di basement office buat tukun. Pergi balik kerja teman hantar dan ambil. kereta aku bila aku teringat baru turun parking panas enjin alih-alih tempat. Lama juga kete tu jadi tukun sampai kadang jadi malas nak start enjin hari-hari..


Bukan tak pernah cuba baiki. Nak tau tak.. banyak gak duit lebur. aku dah pergi check sistem dengan brother yang konunnya pandai cari masalah apa punca .. Brother tu check sistem..lepas tu nyala la bende apa tah kat screen dia.. dia cakap ok kita delete kat sistem ..nanti ok.. lepas delete ingat dah ok..lega la rasa..sekali bawak tak sampai setengah minit, nyala lagi.. memang dah pelik bila dia cakap kalau delete error tu kat sistem, masalah akan settle.. dalam hati cakap, amboi betul macam tu senang ke ? macam tu bengkel semua boleh tutup la kan.. sebab repair kereta just tekan-tekan kat screen..hahahha.. bayar kos check RM60 tak silap....


Lepas tu terbaca la kat group Komuniti Bangi facebook. katanya ada mekanik kereta yang bagus.boleh datang ke tempat anda dan harga pon berpatutan murah katanya dan tak tipu.. So, kita apa lagi mesej la tanya bla..bla..bla.. pastu dia cakap dia boleh datang tengokkan. kebetulan saya ada nak minta pasangkan motor kipas (barang dah beli lama) ..katanya di ws upah pasang RM40 je.. tanya upah datang tu berapa..dia cakap takpa dia datang tengok dulu.. Kita pon lega la.. senang kan tak perlu kita nak ke bengkel. keadaan kereta saya yang macam tu..Dia datang check malalah OD tu.. pastu dia test drive..lepas tu dia cakap ni masalah sistem ni.. kena datang bengkel kawan dia boleh check sistem apa masalah.. saya cakap nanti la saya fikirkan..suruh dia pasangkan motor kipas dulu..Siap... tanya harga sekali lagi berapa harga? dia cakap kejap..oh, lupa bagitau..dia datang ni dengan AYAHNYA.. dia tanya ayahnya..berapa yah ? Ayah dia kira-kira..upah pasang..upah datang.. RM160.. AMIKKK Kawwww..nak sangat dorang datang kan..hehe..bayar je la dengan muka senyum kelat.. aku nak pertahankan harga ws tu pon tak terkeluar time tu.. dah la time dorang betulkan tu aku siap belikan depa jajan dan air lagi tau.. yelah..nak tolong melayu kan...   ayah dan anak siap offer lagi..nak kami bawakkan kereta ke bengkel tak ? nak check kan masalah apa.. saya cakap takpe..saya fikir dulu..nanti saya hubungi  semula..MEMANG TAK LAAA.... nak je sekeh makcik yang puji kat facebook tu..huhu


Lepas kejadian aku di tipu tu, aku google lagi apa masalah kereta aku ni.. tak jumpa-jumpa apa puncanya yang alami masalah macam kereta aku ni.. sampai la terjumpa pomen area Putrajaya yang boleh datang ke tempat kita. tengok komen macam perpengalaman sungguh. ..so aku ws la tanya masalah kereta aku..kebetulan kereta aku tak boleh on bateri dah habis..abg tu pulak kata dia ada khidmat jumper gak buat la temujanji. Dia datang check ..lepas tu dia cakap dia tak boleh buat sebab masalah sistem ni.. dia suruh pergi perodua dulu check apa masalah lepas tu maklum ke dia . So pendek cerita jumper kereta kena la RM80 ..aduhhh. du..du..du..du... eh  ternyanyi lak.. hmm.. (monung jap den)  sebab tak boleh settle lagi kereta ni.



2 bulan rest jap dari betulkan kereta ni.. biar la dia jadi tukun kat basement office aku ni kan.. Sampailah  tiba-tiba tergerak nak repair kereta semula.. ambil keputusan nak pergi Perodua Service . Buat Appointment.. Ada rezeki lebih bulan ni tu berani nak repair kereta dan gian nak drive.. mau hampir setahun aku tak drive dengan senang hati. Dalam masa sama aku rajin la google lagi simptom masalah apa. TIBA-TIBA terbaca 1 blog ni.. masalah dia memang sama dengan yang kereta aku alami.. even posting dia dah berkurun (2016 tak silap) ..tapi MEMANG SAMA weiii.. kesian baca kisah dia lagi banyak lebur duit kena tipu dengan bengkel. Last dia pergi ke Pakar Enjin baru tau apa masalah sebenarnya.. JUST PERLU TUKAR TIMING CHAIN DAN ENGINE MOUNTING JERRRR.  So aku pon google bengkel terdekat dengan service terbaik.. maka terjumpalah Zordaq Auto Putrajaya.. tengok review positif je.. aku call tanya tukar timing chain dan engine mounting berapa.. mahal barang tu campur kos upah.. aku buat keputusan cari barang sendiri.. just hantar bengkel bayar kos upah je .. aku cari barang di sri serdang.. dapat harga murah dari harga bengkel tu kasi.. even buatan china.. tapi tu je bajet aku ada setakat ni.


 So tinggal la kereta aku bermalam di Zordaq Auto Putrajaya . sebab kereta aku akan start di buat esok harinya.. Bagusnya Zordaq ni dia tepati janji.. masa aku pergi sana.. dah lewat petang. aku cakap nak tingal kereta di bengkel je sebab tak berani lagi nak redah jalan esoknya dengan keadaan kereta tak ok lagi tu.. dia cakap boleh je.. nanti kereta dia akan masuk dalam bengkel , tak letak luar.. so lega aku. malam tu aku dengan teman memang lalu begkelnya check betul ke dorang tak letak luar kereta aku..hehe.. tengok betul la.. alhamdulillah lega.. Semalam aku ambil kereta.. seperti dijanji..memang siap even dah lewat petang. kesian bro tu.. lewat balik semalam.. Alhamdulillah test drive lepas tu.. takde dah masalah OD .. Ya Allah leganya.. So Korang yang ada problem kereta, rajin-rajin la google baca pengalaman orang yang punya masalah sama.. jimat sikit duit kita.

Ni harga yang saya dapat untuk kedua barang tu (Kedai di Sri Serdang) 
Timing Chain =RM 180
Engine Mounting = RM 190 (Warrnty setahun) 

Kos Upah pasang Timing Chain RM170, Kos upah Pasang Engine Mounting RM150 (Zordaq Auto Putrajaya) 


Masalah kereta yang brother tu alami (sama dengan masalah kereta aku) 

-Overdirve start to blink..it will jerk and overdrive start to blik. when it blink, it will stuck in what ever gear that gas been shifted to.. cannot be gear up during accelerating..but gear down during decelerating still fine. i will have to wait until the temperature is optimum, ignition off the engine...and start back again.. it willblick 4-5x..then it will be gone.. so far i can still drive normally, if the error occur.. i just need to park at road side for awhile... ignition off..ignition on.. then can drive normally

*Kereta ni masih elok sehingga sekarang.  Aku bg adik kereta ni sbb aku ade rezki beli kereta baru lain..hehe.. 












13 comments:


  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete
  2. Akak pakai myvi model apa tahun apa?

    ReplyDelete
  3. On kunci ja od kelip2 blm start

    ReplyDelete
  4. thank you for the information!

    ReplyDelete
  5. Alahai sebijik sama kes mcm kereta saya.. lampu OD berkelip dan gear tak bertukar jd enjin mengaum. Dapat gerak perlahan je dgn gear 1. Tq share pengalaman, esk sy cuba check dgn bengkel adakah masalah sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Boleh tahu tak harga kos baiki? Saya pun ade masaalah yang sama juga.

      Delete
  6. Sebiji macam masalah myvi 1.3auto tahun 2006 saya...O/D menyala terus😁.
    Punca;kreta saya pernah overheat dan saya ada "skim head"kat engineering konon bagi pulih kdaan.
    Nasihat saya bagi yg tak tau,myvi ni kalau dah overheat,head tu dah makan jgn la pegi skim lg..tukar je sketul head enjin passo yg ada kat kedai halfcut tu.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Baca slps kereta dibaiki. Sama kes OD menyala. Hantar bengkel 1, check guna komputer xdpt detect. Bengkel 2, 3 kali htr kat dia. Kali pertama, dia cuma bersihkan sensor gear (kalo xsilap). Mekanik try ok je. Bila dh ambik jd balik. Kali kedua htr, dia tkr sensor tu, 2 bijik. Mekanik try elok. Bila kt ambik naik balik OD tu. Ni kali ke 3, htr, terus dia mtk tlg kwn dia keje perodua. Bila check kat perodua timing chain rosak kena tkr. Kos dr awl smpai siap lbh kurg rm2k.. πŸ˜”πŸ˜” Bijaknya keta ni, dgn owner dia kluar OD, dgn mekanik dia baikk je xnak kluar OD 😀😀😀.. Hrpnya lps ni ok la.. terima kasih share pengalaman, kalo baca lagi awl blh sugest mekanik check timing chain dulu..

    ReplyDelete
  9. Sama trjadi dkt sya..o/D mnyala cek dkt bngkel cucuk komputer die kte timing chain..tnggu mnggu dpn Bru tkt timing chain

    ReplyDelete
  10. Sama trjadi dkt sya..o/D mnyala cek dkt bngkel cucuk komputer die kte timing chain..tnggu mnggu dpn Bru tkr timing chain

    ReplyDelete
  11. Dah tukar timing chain pun masih berkelip lagi od tu.pening pening.

    ReplyDelete

PERKONGSIAN RAKYAT MALAYSIA DI CHINA MENGAHADAPI SITUASI LOCKDOWN KERANA CORONA VIRUS (COVID-19)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sekarang ni satu dunia risau berkenaan covid19 kan. Malaysia pon meningkat mendadak kes positif cov...