Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Dipanjangkan untuk renungan semua
Ucapann MB Kelantan, Dato' Ahmad Yakob, dlm sidang DUN.
Bismillahirrahmanirrahimu...
Pertama sekali, tulisan saya kali ini tidak ditujukan kepada
mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum saya sebagai seorang
makmum dan manusia.
Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat
besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid
yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.
Saya cadangkan, sisih 10% sebulan dari derma orang ramai
untuk beli makanan asas. Beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Mana-mana
penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di
masjid.
Jangan rumitkan prosedur. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi
saja. Miskin di bandar ni lain macam dugaannya. Kadang kita tengok orang tu
pakai kereta, duduk rumah sewa, kita sangka dia ada duit. Sedangkan beras di
dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa
pula perlu dipinjam. Sedang hutang sudah keliling pinggang.
Orang yang terdesak ni, takkan sesekali tamak. Dia akan
ambil cukup-cukup untuk kegunaan keluarganya sahaja. Kalau bulan depan dia
'lega' dia tak berbaris untuk ambil bekalan dari masjid lagi. Percayalah!
Malahan, jika dilaksanakan, perasaan malu pasti menusuk
kalbu. Yang jarang-jarang ke masjid, mula mendekati masjid kerana rasa malu
itu. Kan indah cara dakwah macam ni. Bukan dengan sindiran sinis sehingga orang
menjauhi masjid.
Masjid kita, sesetengahnya dana sampai tak tahu nak buat
apa. Maka ditukar pagar baru, di'upgrade' tandas-tandas, ditukar karpet baru,
di upah penceramah luar yang bayarannya hingga beribu. Sedang asnaf, rumahnya
hanya di depan pagar masjid. Telan air liur tengok masjid elok ditukar cat
baru. Sedangkan beras secupak di dapur pun hutang dengan kedai runcit.
Tidakkah AJK masjid membuka mata? Perkara ini cukup mudah,
tapi memberi manfaat kepada ramai orang.
Mengapa kita tidak mencontohi gereja? Begitu mudah menyalur
bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya tinggalkan nama dan no phone
sahaja. Ambillah duit dalam kotak itu berapa yang diperlukan. Tidak ditanya
kerja, tidak ditanya mengapa. Esoknya pihak gereja call pula, tanya tentang
kehidupan. Masih sempit atau sudah lega. Kalau sempit dijemput ke gereja ambil
dana lagi. Mudah kan? Jangan pelik lagi kalau ada yang murtad. Itu salah satu
punca.
Melainkan dana masjid itu cukup-cukup untuk bayar bil api
dan air sahaja. Itu lain cerita, ini kisah masjid yang kaya raya.
Sungguh. Saya cukup kecewa. Sangat kecewa sebenarnya melihat
masjid yang gah-gah, tapi asnaf di depan mata. Rela membayar upah penceramah
ternama sedang ahli kariah berlapar dahaga.
Mungkin ada ajk masjid dalam friendlist saya. Mohon panjangkan
cadangan saya ini. Kalau setiap kampung buat begini, alangkah bagusnya. Si
fakir rasa dipeduli, masjid makin didekati.
Sila viralkan hingga sampai ke AJK Masjid/Surau, Pegawai
Majlis Agama Negeri dan JAKIM.
Cadangan yg amat baik sekali utk TRANSFORMASI MASJID
mendekati komuniti.
Mohon share...