nuffnang ads

Kedai Makan Murah , Menarik dan Berpatutan Di Sekitar Putrajaya - Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni terasa nak kongsi kedai-kedai makan yang Best di sekitar putrajaya khas untuk pengunjung luar . Lately kedai-kedai makan disini semakin bercambah. Dengan wujudnya kawasan-kawasan komersil yang baru seperti di Diplomatik presint 15, Ayer8 dan Bazaar 8 Presint 8.


Oleh itu, saya cuba kongsikan kepada anda antara kedai-kedai yang sangat berpatutan atau yang wujud atau yang sesuai untuk anda dan family anda


Berikut antaranya:


1. Nasi Lemak Royale Kedah , Presint 8


Kepada korang yang suka makan mamak ,dah bosan dengan kedai mamak dan nk try half mamak..hehe.. bolehlah cuba makan disini. Ape yang menarik di sini adalah Ayam Gorengnya. Size yang besar, Kulit rangup dan sedap. Sesetengah orang ckp Mahal. Tapi bagi sy, sgt berpatutan.. Nasi+Ayam Goreng + sayur = RM7.00 saje. Seperti yang saya katekan tadi. size ayam nye agak besar dan selalu di topup.. Kalau korang bernasib baik, dapat ayam fresh dari kuali.. sedap sehingga menjilat jari.. Menu siang lain dari menu lain dimane menu siang hanya ada nasi berlauk , manakala malam ditambah menu ringan yang lain seperti  mee/bihun sup.. satay ..




Nampak sedap kan... hehe
Lokasi nya adalah di Ayer8 Presint 8 . Boleh google nama kedai tu untuk waze .




2. Dayang Sarawak  Corner , Presint 15


Hah. Putrajaya pon dah ada Kedai ni.. mane2 orang sabah sarawak yang duduk sekitar putrajaya yang teringin makan makan sarawak.. boleh la pi waze kedai ni. Ikut pemerhatian, kedai ni sentiasa ramai pengunjung. harga pon berpatutan. Kedai ni terletak di Diplomatik Presint 15. 




 





3.  Makanan Arab 

Kalau teringin makan makanan arab. sy cadangkan korang try sharwarma di Foodcourt Alamanda. Di situ  terbaik sharwarma nya sebab chef nya pon dari arab. Isi banyak dan harga pon ok. Kalau nak proper kedai arab .. Boleh pegi ke Diplomatik Presint 15 . Nama kedai Mr Kabab & Briyani Putrajaya . Ape yang best di sini, kedainya besar dan selesa.. 






Ok. setakat ni je hari ini . .. naati akan update dari masa ke semasa..heheh..


1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete

PERKONGSIAN RAKYAT MALAYSIA DI CHINA MENGAHADAPI SITUASI LOCKDOWN KERANA CORONA VIRUS (COVID-19)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sekarang ni satu dunia risau berkenaan covid19 kan. Malaysia pon meningkat mendadak kes positif cov...