nuffnang ads

kedai makan murah dan tempat wajib di kunjungi di Putrajaya 4 in 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ni teringin rasenya berkongsi tentang kedai makan murah di Putrajaya.. untuk pengunjung di luar putrajaya.. dan kepada pengunjung dalam putrajaya sendiri yang rase ada yang tak tau wujudnya kedai ini. kadang bila keluarga kita datang ke putrajaya, kita pening fikir mana la kita nak bawa keluarga makan .. mana tak nya.. banyak kedai mamak je sini.. ada kedai melayu pon.. harga mak aii.. nak bawak family.. abis duit terbang dan kadang tak sedap pon kan.


Ha ni nk bagitau, korang tak yah pening dah..  Umai cafe 'the lake Garden Cafe' ..haaa... tengok name pon dah best kan..hehe.. sure korang suka.. bukan saje makanan nya harga berpatutan.. bah kan.. korang akan puas hati dengan rasenya.. service pon cepat . sangat puas hati.. kalau bulan ramadhan tu, di sini ada menyediakan buffet


                                     Dari umai cafe ni korang boleh nampak Masjid besi 

                                       Cantik kan


                                       Korang nilai sendiri..hehe


Di Cafe ni korang wajib try cucur udang dan cucur pisangnya.. RM3.00 je sedap dan puas hati..hmmmm dapp...




Lepas tu yang bestnya lagi.. view cafe ni betul-betul ngadap tasek ..korang boleh tengok la bot lalu kadang-kadang.. lepas makan tu.. perut dan padat... pegi la jalan-jalan persisir tasek tu.. selfie sikit.. hehe.. area situ kalau siang.. korang boleh naik Monumen.. apa itu monumen? hah.. baca la kat bawah ni kalau rajin..hehe.. copy dari wikipedia..haha.. malas nk taip panjang-panjang.
tapi malam tak boleh naik k..




Monumen -  (Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium (Millennium Monument) terletak di Presint 2, Putrajaya, Malaysia. Ia merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya. Di bawah tugu ini telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri, kapsul masa yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti.
Menara Tugu Milenium ini tingginya 68 m. Jalan naiknya berbentuk pelantar tinjau ala beranda yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung iaitu bagi menggambarkan era Malaysia pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957), pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang pada tahun 2020 dan ke atas.
Dilihat dari atas, menara ini seakan-akan membentuk bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang berwarna emas berkemilauan. Di pelantar tertinggi, pengunjung dapat melihat bangunan berhampiran seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Wawasan.
Pada waktu malam menara tugu yang diperbuat dari aluminium ini akan memancarkan cahaya terang ibarat rumah api yang membuatkan ia tampak lebih eksklusif dan indah)



Kalau korang jalan terus lagi melepas monumen tu.. korang akan jumpe 1 lagi tempat riadah.. yang mana nak teringin naik belon panas tu.. kat sini boleh cube.. tak rami so tak perlu beratur panjang-panjang.. cume sedia kan duit je.. duit pon nak terbang gak..hehe..

Zone A-Skyrides Balloon
  • MyKad – Adult RM38 Kid RM30
  • Non-MyKad – Adults RM68 Kid RM60.
  • Belon Helium yang akan membawa anda naik setinggi 150 meter dari permukaan tanah.Gondola ini boleh memuatkan 30 orang dalam satu-satu masa.Anda akan berada di atas selama 15-20 minit



Jeng..jeng..jeng.... bukan tu je tau.. ada lagi ni.. situ ada kereta mini berlampu... boleh pusing persisir tasik.. kalau malam tu makan kat Umai Cafe.. berliplap liplap kete berlampu lalu lalang.. berdekek-dekek dorang ketawe.. 1 kete tu boleh muat 6 orang cmpur dewasa n budak-budak.. harga lupa dah.. dalam RM25/15 minit rase...
                                      Ni kalau malam best la naik.. berangin dan cantik je lip lap lip lap


1 lagi, korang penah tengok tak rancangan 'ninja warrior'? sini pon ada ok.. even tak banyak.. tapi boleh la if nak suka-suka merasa dan try kehebatan terpendam tu kan.. hehe.. area ni di panggil skyrides festival park k.ni pada yang orang luar putrajaya..guna GPS ni

  • GPS: N2°55’27.463” E101°41’0.599”
  • Masa : Monday to Thursday: 2 pm till 10 pm
    Friday & Saturday: 10 am till 12 midnight
    Sunday: 10 am till 11 pm
  • Bayaran : RM25/main sampai puas kate orang tu
  • Minimum ketinggian 4ft
  • Terdapat 8 halangan sebelum anda di gelar Skywarrior.Halangan tersebut adalah Chelik Falls, Ulu Sepat Leap, Marudi Crossing, Kinabalu Ferrata, Langkawi Walk, Kinabatangan Swing, Cameron Web dan Danum Valley


                                     ni sedikit video untuk bagi panas sikit..hehe..


Kalau rasa susah nak cari.. korang boleh waze cari MCD presint 2, dari mcD tu boleh tembus dah ke semua tempat tu.. boleh tembus ke Umai Cafe tu.. memang terbaik view nya .. sesuai untuk beriadah dengan family atau dengan kawan atau dating.. 1 Lagi nak senang cari.. berdekatan masjid besi...memang sennag nak cari. 
,Moga dapat membantu .

Sekian

PERKONGSIAN RAKYAT MALAYSIA DI CHINA MENGAHADAPI SITUASI LOCKDOWN KERANA CORONA VIRUS (COVID-19)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sekarang ni satu dunia risau berkenaan covid19 kan. Malaysia pon meningkat mendadak kes positif cov...