nuffnang ads

CAR BOOT SALES TAMAN BUKIT JALIL SERI KEMBANGAN TAPAK FREE WEIIII

Hi korang.. 

Pernah dengar pasal car boot sales tak? 
Meh nak citer sikit...Car boot sales ni kira macam pasar gak lebih kurang.. tapi ni lebih pada barang-barang pre loved iaitu barang terpakai.. sekarang merata ada car boot sales ni.. tapi setakat ni.. saya terpaut yg di puncak jalil seri kembangan.. memang meriah giler lah.. berbanding tempat lain.. tempat tak sesuai.. tak ramai pengunjung.. tapak kena bayar.. TAPIII di puncak jalil TIDAK... satu je...tapak siape cepat dia dapat.. lagipon if tempat lain car boot sales nya bermusim..tapi di puncak jalil setiap ahad ada... so kalau free-free hujung minggu takde bauta pae.. datang la sini .. sambil tengok orang lalu lalang sambil kite berpanas panasan (yang mana xde payung) ..hehe
Sesiapa yang berminat untuk jual barang-barang terpakai tu.. jangan tunggu lagi, Car boot Sale Puncak Jalil paling sesuai kerana Sewa Tapak adalah PERCUMA!!! weiiiii.. ni tuan tanah dah try sendiri dah.. mmg berbaloi.. bayangkan..tak perlu bayar tapak..jual pulak ada pembeli..wahhhh syokk kan.. tak usah la korang malu nak berniaga kat situ.. sebab ramai je orang baru setiap kali ada.. 
Ye saya ulang skali lagi, PERCUMA!!!. Bukan saja ia percuma, sambutan dari penduduk puncak jalil juga meriah, inshaallah laris... berbaloi baloi.. tak pernah lagi pegi carbootsales semeriah ini.
Kepada sesiapa yang berniat untuk mengunjungi  CBS ini dengan niat mendapat barang yang unik serta murah sila rujuk gambar yang diseratakan dibawah. Carboot Sale Puncak Jalil di urus oleh saudara Zainuddin Zainal.

Syarat – Syarat Menyertai Car Boot Sale Ini

Kepada yang berminat penganjur telah meletakkan dua syarat yang harus di ikuti jika anda mahu menyertai jualan Car Boot ini. Syaratnya adalah seperti berikut:
  1. Hanya barang Pre-loved & terpakai sahaja yang boleh dijual di Car Boot Sale ini. Barangan yang terlarang adalah barang baru, makanan dan minuman.
  2. Ababila habis saja berniaga, peniaga bertanggung jawab untuk menjaga kebersihan di sekeliling Tapak CarBoot mereka.
Gagal mengikut syarat ini pihak penganjur akan di arahkan tutup..



So, siape yang ada barang tak guna kat rumah tu.. daripada memenuhkan rumah..better pergi sini.. seronok sesekali jadi penjual daripada jadi pembeli.. heheh..

Informasi Penting

Alamat: Jalan PUJ 3/13, Taman Puncak Jalil,
Masa: Ahad ( 7am-12pm )
Tel Admin: 0193321562 –Zainuddin Zainal.

2 comments:

PERKONGSIAN RAKYAT MALAYSIA DI CHINA MENGAHADAPI SITUASI LOCKDOWN KERANA CORONA VIRUS (COVID-19)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sekarang ni satu dunia risau berkenaan covid19 kan. Malaysia pon meningkat mendadak kes positif cov...