nuffnang ads

PERKONGSIAN RAKYAT MALAYSIA DI CHINA MENGAHADAPI SITUASI LOCKDOWN KERANA CORONA VIRUS (COVID-19)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sekarang ni satu dunia risau berkenaan covid19 kan. Malaysia pon meningkat mendadak kes positif covid19 ni. setakat 16 Mac 2020 sebanyak 5553 kes positif di Malaysia.Malam tadi pon PM dah umumkan Malaysia akan buat sekatan pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Ramai rakyat kita yang ambil baik tindakan ini. Yela risau kan dengan keadaaan sekarang bila kita berada di luar.. orang batuk sana batuk sini tak pakai face mask.. face mask pulak asik habis stock je manjang.  kalau ada pon ramai pulak pihak tak bertanggungjawab menjual pada kadar harga yang 3-4 kali ganda.. harga firaun kata org. betul-betul ambil kesempatan dorang ni.

Semalam juga kecoh pasal panic buying ni. ada kawasan beratur panjang di mall2..kedai2 barang keperluan. habis rak kadang kosong tengok.. Sampai social distancing pon dorang abaikan panik punya pasal.. tanpa sedar korang lagi mendedahkan diri untuk dijangkiti tau tak. Masih ramai rakyat kita kurang kesedaran pasal virus ni.. batuk sesukahati tanpa tutup mulut.. if takda facemask..better duduk rumah. Jangan panik.. even kalau malaysia isytihar Lockdown sekalipon. korang masih boleh keluar rumah beli barang .. 

Malas bebel banyak-banyak.. sini saya sertakan perkongsian rakyat Malaysia di China 

 **Dari seorang rakyat Malaysia yang terper4ngkap di China**
Pandemik C0vid-19
Pada yang tak tahu, saya telah berada di Chongqing (CQ), China selama wab4k ini bermula sejak penghujung Januari lalu. Seluruh dunia mula memantau China dan kini bila keadaan dah reda, kami di China memerhatikan macam mana seluruh dunia p4nik dengan virvs ini. Mungkin saya boleh kongsikan pengalaman macam mana saya pastikan diri saya selamat.
Pertama sekali, bukan saja Hubei dan Wuhan yang diarahkan l0ckdown. Seluruh China diarahkan l0ckdown. So bila orang dari Hubei dan Wuhan tak boleh tinggalkan bandar dorang, kami di CQ tak boleh tinggalkan kompaun tempat tinggal kami. Hanya seorang dari seisi rumah je yang dibenarkan keluar dan masuk setiap 2-3 hari untuk membeli barangan asas, bergantung pada keadaan kawasan.
Setiap orang perlu membuat pemeriksaan suhu badan bila nak masuk mana-mana bangunan. Dan bila saya cakap barangan asas, ia memang betul-betul barangan asas kerana ketika ini, hanya pasar, pasaraya, farmasi dan klinik-klinik tertentu saja yang dibenarkan beroperasi. So tak boleh saja keluar untuk lepak atau berjalan-jalan kerana tak ada apa tempat yang buka. Dan kalau polis peronda nampak korang tengah berjalan saja-saja, korang akan dinasihatkan untuk pulang ke rumah.
L0ckdown ini telah berlaku selama 40 hari dan seluruh China berada dalam keadaan l0ckdown selama itu dan ini bermakna, berbilion-bilion orang di China hanya duduk di rumah. Walaupun undang-undang arahkan perkara ini, semua orang di sini rela hati untuk kurvngkan diri dorang. Tak ada sekolah, tak ada kerja. INI SATU-SATUNYA CARA UNTUK HALANG VIRVS NI DARI MEREBAK!
Pemisahan dan kuar4ntin c4bul hak manusia? Please, hak apa nak tuntut kalau dah sampai kita m4ti.
So, bila saya perlu keluar untuk beli barangan asas, ini apa yang saya lakukan dan masih buat. Saya selalunya akan beli barangan rumah yang boleh tahan selama 1 ke 2 minggu supaya saya tak perlu untuk keluar selalu dan kurangkan risiko terkena jangkitan. Saya tak stock-up semua benda, lagi-lagi toilet paper
  1. Topeng muka (siapa tak nak pakai topeng muka boleh kena tangk4p)
  2. Hand sanitizer dan botol spray kecil yang mengandungi 75% alk0hol saya bawa sepanjang masa.
  3. Bila saya keluar rumah, kalau saya pegang butang lif atau apa-apa benda lain, saya akan pastikan saya sanitize tangan saya sebelum masuk kereta dan sentuh benda lain.
  4. Saya tak sentuh muka lebih-lebih lagi mata, hidung dan mulut bila keluar. Kalau saya perlu gosok mata, saya akan sanitize tangan dan gunakan baju bahagian dalam untuk gosok mata.
  5. Habis beli barang. Letakkan barang dalam kereta dan sanitize tangan.
  6. Balik rumah, basuh baju dengan air dan sabun, buka mask, buang dan basuh tangan semula!
  7. Tukar baju dan terus letakkan dalam mesin basuh dan mandi terus.
  8. Nyahbakteria pada barang yang dibeli, packaging dia dan beg plastik atau beg shopping.
  9. Nyahbakteria pada kunci kereta, tombol pintu dan handphone.
Virvs ini perlukan kerjasama semua orang untuk hentikan dari merebak. Kalau korang masih rasa yang ini hanyalah selesema biasa dan tak ambil langkah berjaga-jaga, ini bermakna korang adalah anc4man untuk komuniti.

So, korang silalah ikut saranan Kerajaan ni. duduk la rumah masing-masing jika tiada kepentingan di luar. Sayangi diri anda , keluarga dan orang disekeliling anda. semoga kita semua dilindungi olehNYA .




KERETA ROSAK PROBLEM - PUNCA OD (OVERDRIVE) ASIK NYALA MYVI

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Jumaat

Hari ni terasa nak post berkenaan masalah/problem kereta .

Aku pengguna Myvi sebelum ni. Ada Sekali tu kereta aku buat hal . Bila kita drive ..tiba-tiba OD akan berkelip, tekan pedal minyak tak mau go sangat .. dia go tapi meneran dan slow. aku kena berhenti tepi jalan . on of on of enjin ..main pusing2 stering kereta sampai OD TU TAK NYALA LAGI...baru boleh sambung drive ..  Stress tau tak.. jadi tak berani nak bawak lagi2 time jalan jam.. buatnya dia nyala tengah-tengah jam tu.. tak ke giler ...huhu.. Bile nak bawak tu kena slow je..  tak boleh bagi di terkejut masa tekan minyak.. terkejut sikit dia nyala.....

Lama-lama aku parking je di basement office buat tukun. Pergi balik kerja teman hantar dan ambil. kereta aku bila aku teringat baru turun parking panas enjin alih-alih tempat. Lama juga kete tu jadi tukun sampai kadang jadi malas nak start enjin hari-hari..


Bukan tak pernah cuba baiki. Nak tau tak.. banyak gak duit lebur. aku dah pergi check sistem dengan brother yang konunnya pandai cari masalah apa punca .. Brother tu check sistem..lepas tu nyala la bende apa tah kat screen dia.. dia cakap ok kita delete kat sistem ..nanti ok.. lepas delete ingat dah ok..lega la rasa..sekali bawak tak sampai setengah minit, nyala lagi.. memang dah pelik bila dia cakap kalau delete error tu kat sistem, masalah akan settle.. dalam hati cakap, amboi betul macam tu senang ke ? macam tu bengkel semua boleh tutup la kan.. sebab repair kereta just tekan-tekan kat screen..hahahha.. bayar kos check RM60 tak silap....


Lepas tu terbaca la kat group Komuniti Bangi facebook. katanya ada mekanik kereta yang bagus.boleh datang ke tempat anda dan harga pon berpatutan murah katanya dan tak tipu.. So, kita apa lagi mesej la tanya bla..bla..bla.. pastu dia cakap dia boleh datang tengokkan. kebetulan saya ada nak minta pasangkan motor kipas (barang dah beli lama) ..katanya di ws upah pasang RM40 je.. tanya upah datang tu berapa..dia cakap takpa dia datang tengok dulu.. Kita pon lega la.. senang kan tak perlu kita nak ke bengkel. keadaan kereta saya yang macam tu..Dia datang check malalah OD tu.. pastu dia test drive..lepas tu dia cakap ni masalah sistem ni.. kena datang bengkel kawan dia boleh check sistem apa masalah.. saya cakap nanti la saya fikirkan..suruh dia pasangkan motor kipas dulu..Siap... tanya harga sekali lagi berapa harga? dia cakap kejap..oh, lupa bagitau..dia datang ni dengan AYAHNYA.. dia tanya ayahnya..berapa yah ? Ayah dia kira-kira..upah pasang..upah datang.. RM160.. AMIKKK Kawwww..nak sangat dorang datang kan..hehe..bayar je la dengan muka senyum kelat.. aku nak pertahankan harga ws tu pon tak terkeluar time tu.. dah la time dorang betulkan tu aku siap belikan depa jajan dan air lagi tau.. yelah..nak tolong melayu kan...   ayah dan anak siap offer lagi..nak kami bawakkan kereta ke bengkel tak ? nak check kan masalah apa.. saya cakap takpe..saya fikir dulu..nanti saya hubungi  semula..MEMANG TAK LAAA.... nak je sekeh makcik yang puji kat facebook tu..huhu


Lepas kejadian aku di tipu tu, aku google lagi apa masalah kereta aku ni.. tak jumpa-jumpa apa puncanya yang alami masalah macam kereta aku ni.. sampai la terjumpa pomen area Putrajaya yang boleh datang ke tempat kita. tengok komen macam perpengalaman sungguh. ..so aku ws la tanya masalah kereta aku..kebetulan kereta aku tak boleh on bateri dah habis..abg tu pulak kata dia ada khidmat jumper gak buat la temujanji. Dia datang check ..lepas tu dia cakap dia tak boleh buat sebab masalah sistem ni.. dia suruh pergi perodua dulu check apa masalah lepas tu maklum ke dia . So pendek cerita jumper kereta kena la RM80 ..aduhhh. du..du..du..du... eh  ternyanyi lak.. hmm.. (monung jap den)  sebab tak boleh settle lagi kereta ni.



2 bulan rest jap dari betulkan kereta ni.. biar la dia jadi tukun kat basement office aku ni kan.. Sampailah  tiba-tiba tergerak nak repair kereta semula.. ambil keputusan nak pergi Perodua Service . Buat Appointment.. Ada rezeki lebih bulan ni tu berani nak repair kereta dan gian nak drive.. mau hampir setahun aku tak drive dengan senang hati. Dalam masa sama aku rajin la google lagi simptom masalah apa. TIBA-TIBA terbaca 1 blog ni.. masalah dia memang sama dengan yang kereta aku alami.. even posting dia dah berkurun (2016 tak silap) ..tapi MEMANG SAMA weiii.. kesian baca kisah dia lagi banyak lebur duit kena tipu dengan bengkel. Last dia pergi ke Pakar Enjin baru tau apa masalah sebenarnya.. JUST PERLU TUKAR TIMING CHAIN DAN ENGINE MOUNTING JERRRR.  So aku pon google bengkel terdekat dengan service terbaik.. maka terjumpalah Zordaq Auto Putrajaya.. tengok review positif je.. aku call tanya tukar timing chain dan engine mounting berapa.. mahal barang tu campur kos upah.. aku buat keputusan cari barang sendiri.. just hantar bengkel bayar kos upah je .. aku cari barang di sri serdang.. dapat harga murah dari harga bengkel tu kasi.. even buatan china.. tapi tu je bajet aku ada setakat ni.


 So tinggal la kereta aku bermalam di Zordaq Auto Putrajaya . sebab kereta aku akan start di buat esok harinya.. Bagusnya Zordaq ni dia tepati janji.. masa aku pergi sana.. dah lewat petang. aku cakap nak tingal kereta di bengkel je sebab tak berani lagi nak redah jalan esoknya dengan keadaan kereta tak ok lagi tu.. dia cakap boleh je.. nanti kereta dia akan masuk dalam bengkel , tak letak luar.. so lega aku. malam tu aku dengan teman memang lalu begkelnya check betul ke dorang tak letak luar kereta aku..hehe.. tengok betul la.. alhamdulillah lega.. Semalam aku ambil kereta.. seperti dijanji..memang siap even dah lewat petang. kesian bro tu.. lewat balik semalam.. Alhamdulillah test drive lepas tu.. takde dah masalah OD .. Ya Allah leganya.. So Korang yang ada problem kereta, rajin-rajin la google baca pengalaman orang yang punya masalah sama.. jimat sikit duit kita.

Ni harga yang saya dapat untuk kedua barang tu (Kedai di Sri Serdang) 
Timing Chain =RM 180
Engine Mounting = RM 190 (Warrnty setahun) 

Kos Upah pasang Timing Chain RM170, Kos upah Pasang Engine Mounting RM150 (Zordaq Auto Putrajaya) 


Masalah kereta yang brother tu alami (sama dengan masalah kereta aku) 

-Overdirve start to blink..it will jerk and overdrive start to blik. when it blink, it will stuck in what ever gear that gas been shifted to.. cannot be gear up during accelerating..but gear down during decelerating still fine. i will have to wait until the temperature is optimum, ignition off the engine...and start back again.. it willblick 4-5x..then it will be gone.. so far i can still drive normally, if the error occur.. i just need to park at road side for awhile... ignition off..ignition on.. then can drive normally

*Kereta ni masih elok sehingga sekarang.  Aku bg adik kereta ni sbb aku ade rezki beli kereta baru lain..hehe.. 












TRANSFORMASI MASJID


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Dipanjangkan untuk renungan semua

Ucapann MB Kelantan, Dato' Ahmad Yakob, dlm sidang DUN.

Bismillahirrahmanirrahimu...
Pertama sekali, tulisan saya kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum saya sebagai seorang makmum dan manusia.

Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.

Saya cadangkan, sisih 10% sebulan dari derma orang ramai untuk beli makanan asas. Beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Mana-mana penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di masjid. 

Jangan rumitkan prosedur. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi saja. Miskin di bandar ni lain macam dugaannya. Kadang kita tengok orang tu pakai kereta, duduk rumah sewa, kita sangka dia ada duit. Sedangkan beras di dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa pula perlu dipinjam. Sedang hutang sudah keliling pinggang.



Orang yang terdesak ni, takkan sesekali tamak. Dia akan ambil cukup-cukup untuk kegunaan keluarganya sahaja. Kalau bulan depan dia 'lega' dia tak berbaris untuk ambil bekalan dari masjid lagi. Percayalah!

Malahan, jika dilaksanakan, perasaan malu pasti menusuk kalbu. Yang jarang-jarang ke masjid, mula mendekati masjid kerana rasa malu itu. Kan indah cara dakwah macam ni. Bukan dengan sindiran sinis sehingga orang menjauhi masjid.

Masjid kita, sesetengahnya dana sampai tak tahu nak buat apa. Maka ditukar pagar baru, di'upgrade' tandas-tandas, ditukar karpet baru, di upah penceramah luar yang bayarannya hingga beribu. Sedang asnaf, rumahnya hanya di depan pagar masjid. Telan air liur tengok masjid elok ditukar cat baru. Sedangkan beras secupak di dapur pun hutang dengan kedai runcit.

Tidakkah AJK masjid membuka mata? Perkara ini cukup mudah, tapi memberi manfaat kepada ramai orang. 

Mengapa kita tidak mencontohi gereja? Begitu mudah menyalur bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya tinggalkan nama dan no phone sahaja. Ambillah duit dalam kotak itu berapa yang diperlukan. Tidak ditanya kerja, tidak ditanya mengapa. Esoknya pihak gereja call pula, tanya tentang kehidupan. Masih sempit atau sudah lega. Kalau sempit dijemput ke gereja ambil dana lagi. Mudah kan? Jangan pelik lagi kalau ada yang murtad. Itu salah satu punca. 

Melainkan dana masjid itu cukup-cukup untuk bayar bil api dan air sahaja. Itu lain cerita, ini kisah masjid yang kaya raya.

Sungguh. Saya cukup kecewa. Sangat kecewa sebenarnya melihat masjid yang gah-gah, tapi asnaf di depan mata. Rela membayar upah penceramah ternama sedang ahli kariah berlapar dahaga.

Mungkin ada ajk masjid dalam friendlist saya. Mohon panjangkan cadangan saya ini. Kalau setiap kampung buat begini, alangkah bagusnya. Si fakir rasa dipeduli, masjid makin didekati.

Sila viralkan hingga sampai ke AJK Masjid/Surau, Pegawai Majlis Agama Negeri dan JAKIM.

Cadangan yg amat baik sekali utk TRANSFORMASI MASJID mendekati komuniti.


Mohon share...

Petua Merawat Penyakit HFMD Supaya Cepat Sembuh Dan Pencegahan awal

Assalamualaikum dan Selamat pagi

Sejak akhir-akhir ini penyakit HFMD (Penyakit Kaki , Tangan dan Mulut) semakin menjadi-jadi.  Ramai anak-anak rakan-rakan kita yang terkena virus ini. Kesian anak-anak yang terjangkit dengan virus ni kan..


Di sini saya nak kongsi sedikit info yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa yang sedang atau baru tau yang anak dah dijangkit .

Boleh cuba Olive Oil extra virgin. Banyak ibu-ibu di luar sane mengakui mereka yang baru dikenalpasti terkena virus ini dan disapu segera dengan olive oil ni pada ruam-ruam yang baru nak naik tu.... virus tu mengecut dan tak jadi untuk merebak lebih teruk.. dan yg dah teruk pon bila di sapu dengan olive oil ni, bintik2 cepat mengering katenya..

Tak salah berusaha kan.. kita semua pon tau olive oil tidak akan memudaratkan..so sy yakin dan jamin ia takkan memburukkan lagi kondisi virus  pd anak-anak anda tu.. Selamat mencuba ye korang..



Suami pelakon Choi Ji-woo adalah pekerja syarikat IT


Yeayyyy... pelakon yang i minat dah kawen...

Siapa yang lahir zaman 80-90an mesti kenal pelakon ni.. Sebab pelakon dan Drama dia ni la korea dikenali di asia.. Winter Sonata.. sanggup tunggu depan tv sabar menanti tiap-tiap episod kan.. hehe... Lepas Winter Sonata.. berderet Drama Korea masuk.. tuan tanah minat apa saje drama yang ada choi ji woo ni.. boleh di katekan semua drama yang dibintangi dia memang best la citenya.. dengan zaman yang makin canggih ni.. boleh tengok balik dah drama-drama ni tanpa beli atau cari cd2 nya dah..



Semalam dapat berita Choi ji woo dah kawennn.. yeay.. tapi rahisa btl husband nya.. takpelah kan.. janji hepi dia kahwin akhirnya.. bertuah pasangan dia ..hehe..



Ni antara info yang di dapati di google..

Pasangan pelakon Choi Ji-woo adalah pekerja syarikat IT di usia 30-an, kata sumber industri hiburan .. Peminat mesti ingin tahu tentang pengantin lelaki selepas bintang berusia 43 tahun itu memdedahkan perkahwinannya di tempat yang tidak didedahkan hari semalam. Sedikit yang diketahui mengenai pengantin laki-laki iailah "dia pekerja pejabat yang dikenali Choi Ji Woo selama kira-kira satu tahun yang lalu" seperti yang dimaklumkan oleh agensinya, YG Entertainment.







Pengantin lelaki adalah lelaki yang tinggi dan kacak yang lebih muda daripada pengantin perempuan.
Semasa dia membuat pengumuman kejutan pada laman website peminatnya , Choi juga memohon maaf daripada para peminat kerana tidak memberitahu mereka tentang berita itu kerana pengantin lelaki itu "bukan tokoh awam" dan dia mahu melindungi privasi dia dan keluarganya.
Perkahwinan itu berlaku di studio kecil sebuah hotel di tenggara Seoul dengan hanya ahli keluarga dan kawan rapat pasangan .menurut sumber., dia tidak memaklumkan kenalannya dalam industri dan kawan selebriti lain tentang rancangan perkahwinannya, kata mereka. "Saya menyedari perkahwinan itu hanya dari akhbar dan sangat terkejut," kata seorang pelakon yang rapat dengan Choi. "Saya faham dia tidak mengatakan apa-apa kerana dia mahu mempunyai perkahwinan yang tenang."    Dia akan memulakan berbulan madunya dua hari selepas perkahwinan itu, menurut agensi itu. Choi membuat debutnya pada 1994 dalam drama MBC dan meningkat menjadi bintang ketika muncul pada "Winter Sonata" KBS 2TV pada tahun 2002 dengan pelakon Bae Yong-joon. Baru-baru ini, dia muncul di siri TVN "The Most Beautiful Goodbye" tahun lepas.



Selamat Pengantin Baru Choi Ji Woo from Malaysia..kikiki

JANGAN PECAYA UBAT KURUS

Assalamualaikum.. hi..

Hmm.. Kadang gelak sendiri bila baca orang promot ubat-ubat kurus ni.. Lawak la.. Ada juga yang pecaya ye.. Korang kalau nak kurus.. kena usaha tau.. elakkan fikir jalan pintas yang tentu akan memudaratkan dan buang duit korang.


Kat facebook banyak iklan ubat-ubat ni..kadang daripada kwn kita sendiri.. Nak tau apa yang kelakarya? Ha ni nak cite.. ce citer.. ce citer.. hehe..

Macam ni.. al kisahnya.. sy adalah kwn yang terjebak dalam bisness ubat kurus ni. setiap hari ada je iklan dia lalu kat news feed fb .. yang nyatakan.. ubat ni sangat berkesan.. tayang gambar sendiri yang telah di edit.. orang pon pecaya la.. wahh.. betul lah berkesan..hehe.. tapi nyata nye.. keroni2 kawan2 dia semua montel-montel.. apekah ini semua? hahaha.. tapi pelik ..ada gak yang beli kan.. betullah orang kata.. perangai manusia ni lain-lain.. hehe.. Tapi perasan sejak akhir-akhir ni.. tak nampak dah iklan dia sangat.. not sure la kenapa .. Nak nasihat kat korang yang nk kurus dengan makan ubat-ubat ni.. fikirlah banyak-banyak.. jangan nanti menyesal tak sudah..






Saya ada kawan.. sepanjang puasa dia turun 15kg.. kurus weii dia sekarang.. saya ada tanya dia apa rahsia.. Dia cakap senang je..TEKAD NAK KURUS.. Mase sahur dia makan Oat dengan air je.. 2 Jam sebelum buka, dia bersenam selama sejam.. Then buka dia makan sikit je.. sebab dia kate bile badan dah penat.. selera pon makin mengurang.. Sabtu Ahad pulak adalah Cheatday dia.. dia makan apa dia nak.. ..Macam tu lah dia selama sebulan.. serius wei... Nampak susut sangat badan dia.. .. TEKAD wei.. TEKAD..


Satu lg, ada tertengok video pelawak Johan Raja Lawak tu.. Korang pon tau kan dia dah kurus sekarang.. Dia cakap dia makan macam biasa .. cuma dia makan sehingga tengahari je.. apa je pon korang telan.. tapi SELEPAS LUNCH.. dia xmakan .. lapar ..minum air.. lapar minum air.. Hari-hari jogging bersukan.. Kena kuat la hati kan.. hehe.. Ni video nye .. ce tengok..:  https://youtu.be/V9GrZW4GM38


Korang pilih la mana korang nak ikut.. tapi pendapat sy... elakkan lah ubat-ubat ni.. dah sah-sah penjual nya montel.. takkan korang nak pecaye kan.. hehe.. Korang ingat dia jual tu.. dorang sendiri makan ke.. TAK wei.. sebab dorang pon takut kesan sampingan nya..


Pendek kata, kalau nak sesuatu result yang baik.. korang kena korban sikit.. susah susah dahulu.. senang senang kemudian kate orang.. Selamat mencuba korang.. Semoga berjaya.

Kedai Makan Murah , Menarik dan Berpatutan Di Sekitar Putrajaya - Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni terasa nak kongsi kedai-kedai makan yang Best di sekitar putrajaya khas untuk pengunjung luar . Lately kedai-kedai makan disini semakin bercambah. Dengan wujudnya kawasan-kawasan komersil yang baru seperti di Diplomatik presint 15, Ayer8 dan Bazaar 8 Presint 8.


Oleh itu, saya cuba kongsikan kepada anda antara kedai-kedai yang sangat berpatutan atau yang wujud atau yang sesuai untuk anda dan family anda


Berikut antaranya:


1. Nasi Lemak Royale Kedah , Presint 8


Kepada korang yang suka makan mamak ,dah bosan dengan kedai mamak dan nk try half mamak..hehe.. bolehlah cuba makan disini. Ape yang menarik di sini adalah Ayam Gorengnya. Size yang besar, Kulit rangup dan sedap. Sesetengah orang ckp Mahal. Tapi bagi sy, sgt berpatutan.. Nasi+Ayam Goreng + sayur = RM7.00 saje. Seperti yang saya katekan tadi. size ayam nye agak besar dan selalu di topup.. Kalau korang bernasib baik, dapat ayam fresh dari kuali.. sedap sehingga menjilat jari.. Menu siang lain dari menu lain dimane menu siang hanya ada nasi berlauk , manakala malam ditambah menu ringan yang lain seperti  mee/bihun sup.. satay ..




Nampak sedap kan... hehe
Lokasi nya adalah di Ayer8 Presint 8 . Boleh google nama kedai tu untuk waze .




2. Dayang Sarawak  Corner , Presint 15


Hah. Putrajaya pon dah ada Kedai ni.. mane2 orang sabah sarawak yang duduk sekitar putrajaya yang teringin makan makan sarawak.. boleh la pi waze kedai ni. Ikut pemerhatian, kedai ni sentiasa ramai pengunjung. harga pon berpatutan. Kedai ni terletak di Diplomatik Presint 15. 




 





3.  Makanan Arab 

Kalau teringin makan makanan arab. sy cadangkan korang try sharwarma di Foodcourt Alamanda. Di situ  terbaik sharwarma nya sebab chef nya pon dari arab. Isi banyak dan harga pon ok. Kalau nak proper kedai arab .. Boleh pegi ke Diplomatik Presint 15 . Nama kedai Mr Kabab & Briyani Putrajaya . Ape yang best di sini, kedainya besar dan selesa.. 






Ok. setakat ni je hari ini . .. naati akan update dari masa ke semasa..heheh..


Cara Mudah buat Link Whatsapp

Assalamualaikum ..

Lame rase tak update blog ni.. bersawang sungguh.. terima kasih pada yang terbuka blog ni.. baru perasan setiap hari ade pelawat rupenye blog ni even bersawang..hehe.


Ok..kali ni nk cite pendek je.. sbb sekarang pon dah jam 1.19pagi.. mate xboleh lelap sbb cuaca tersangat bahang sejak dua menjak ni..


ok..hari ni nk ajar cara paling mudah nak buat link whatsapp.. sangat berguna pada yang meniaga online yg suka iklan kat page atau group..

copy je ni tambah no.tel anda..

https://www.wasap.my/+6(no.tel anda)

Sekian,terima kasih

hihi..slmt mlm...

kedai makan murah dan tempat wajib di kunjungi di Putrajaya 4 in 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ni teringin rasenya berkongsi tentang kedai makan murah di Putrajaya.. untuk pengunjung di luar putrajaya.. dan kepada pengunjung dalam putrajaya sendiri yang rase ada yang tak tau wujudnya kedai ini. kadang bila keluarga kita datang ke putrajaya, kita pening fikir mana la kita nak bawa keluarga makan .. mana tak nya.. banyak kedai mamak je sini.. ada kedai melayu pon.. harga mak aii.. nak bawak family.. abis duit terbang dan kadang tak sedap pon kan.


Ha ni nk bagitau, korang tak yah pening dah..  Umai cafe 'the lake Garden Cafe' ..haaa... tengok name pon dah best kan..hehe.. sure korang suka.. bukan saje makanan nya harga berpatutan.. bah kan.. korang akan puas hati dengan rasenya.. service pon cepat . sangat puas hati.. kalau bulan ramadhan tu, di sini ada menyediakan buffet


                                     Dari umai cafe ni korang boleh nampak Masjid besi 

                                       Cantik kan


                                       Korang nilai sendiri..hehe


Di Cafe ni korang wajib try cucur udang dan cucur pisangnya.. RM3.00 je sedap dan puas hati..hmmmm dapp...




Lepas tu yang bestnya lagi.. view cafe ni betul-betul ngadap tasek ..korang boleh tengok la bot lalu kadang-kadang.. lepas makan tu.. perut dan padat... pegi la jalan-jalan persisir tasek tu.. selfie sikit.. hehe.. area situ kalau siang.. korang boleh naik Monumen.. apa itu monumen? hah.. baca la kat bawah ni kalau rajin..hehe.. copy dari wikipedia..haha.. malas nk taip panjang-panjang.
tapi malam tak boleh naik k..




Monumen -  (Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium (Millennium Monument) terletak di Presint 2, Putrajaya, Malaysia. Ia merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya. Di bawah tugu ini telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri, kapsul masa yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti.
Menara Tugu Milenium ini tingginya 68 m. Jalan naiknya berbentuk pelantar tinjau ala beranda yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung iaitu bagi menggambarkan era Malaysia pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957), pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang pada tahun 2020 dan ke atas.
Dilihat dari atas, menara ini seakan-akan membentuk bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang berwarna emas berkemilauan. Di pelantar tertinggi, pengunjung dapat melihat bangunan berhampiran seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Wawasan.
Pada waktu malam menara tugu yang diperbuat dari aluminium ini akan memancarkan cahaya terang ibarat rumah api yang membuatkan ia tampak lebih eksklusif dan indah)



Kalau korang jalan terus lagi melepas monumen tu.. korang akan jumpe 1 lagi tempat riadah.. yang mana nak teringin naik belon panas tu.. kat sini boleh cube.. tak rami so tak perlu beratur panjang-panjang.. cume sedia kan duit je.. duit pon nak terbang gak..hehe..

Zone A-Skyrides Balloon
  • MyKad – Adult RM38 Kid RM30
  • Non-MyKad – Adults RM68 Kid RM60.
  • Belon Helium yang akan membawa anda naik setinggi 150 meter dari permukaan tanah.Gondola ini boleh memuatkan 30 orang dalam satu-satu masa.Anda akan berada di atas selama 15-20 minit



Jeng..jeng..jeng.... bukan tu je tau.. ada lagi ni.. situ ada kereta mini berlampu... boleh pusing persisir tasik.. kalau malam tu makan kat Umai Cafe.. berliplap liplap kete berlampu lalu lalang.. berdekek-dekek dorang ketawe.. 1 kete tu boleh muat 6 orang cmpur dewasa n budak-budak.. harga lupa dah.. dalam RM25/15 minit rase...
                                      Ni kalau malam best la naik.. berangin dan cantik je lip lap lip lap


1 lagi, korang penah tengok tak rancangan 'ninja warrior'? sini pon ada ok.. even tak banyak.. tapi boleh la if nak suka-suka merasa dan try kehebatan terpendam tu kan.. hehe.. area ni di panggil skyrides festival park k.ni pada yang orang luar putrajaya..guna GPS ni

  • GPS: N2°55’27.463” E101°41’0.599”
  • Masa : Monday to Thursday: 2 pm till 10 pm
    Friday & Saturday: 10 am till 12 midnight
    Sunday: 10 am till 11 pm
  • Bayaran : RM25/main sampai puas kate orang tu
  • Minimum ketinggian 4ft
  • Terdapat 8 halangan sebelum anda di gelar Skywarrior.Halangan tersebut adalah Chelik Falls, Ulu Sepat Leap, Marudi Crossing, Kinabalu Ferrata, Langkawi Walk, Kinabatangan Swing, Cameron Web dan Danum Valley


                                     ni sedikit video untuk bagi panas sikit..hehe..


Kalau rasa susah nak cari.. korang boleh waze cari MCD presint 2, dari mcD tu boleh tembus dah ke semua tempat tu.. boleh tembus ke Umai Cafe tu.. memang terbaik view nya .. sesuai untuk beriadah dengan family atau dengan kawan atau dating.. 1 Lagi nak senang cari.. berdekatan masjid besi...memang sennag nak cari. 
,Moga dapat membantu .

Sekian

Petua supaya kucing anda tidak berak kencing merata-rata

Hi.

Di sini saya nak kongsi cara untuk tidak bagi kucing anda berak kencing di tempat yang tidak sepatutnya.. yakni.. ape maksud tempat tidak sepatutnya adalah seperti di depan pintu bilik atau dimana saja yang memang tak patutlahhhh.. hehe..


Sebelum tu..untuk info..masalah ni saya sendiri hadapi.. dulu masa kecil..kucing saya behave.. berak kencing dalam toilet k.. so mudah sangat saya nak menjaga kebersihan rumah.. tapi ntah kenapa setelah umur nya setahun setengah, dia dah buat perangai..berak di depan pintu bilik. Ya Allah.. berbagai cara dah saya guna .. macam-macam petua dah cuba.. macam suh sembur serai wangi.. cuci dengan pencuci enzim.. letak litter box.. clorox..tapi.. dia still berak kencing gak kat situ.. huhu.. hari-hari terpaksa mop dan bersihkan..  nak keluar masuk tepaksa langkah..hehe.. boleh masuk acara lompat jauh lepas ni..hehe..

dannnn... pada suatu hari ..hehe... tiba-tiba terfikir untuk mencuba sesuatu yang rasanya akan berkesan.. iaitu letak carpet di tempat dia selalu kencing berak tu.. bukan karpet yang bulu-bulu tu tau.. kalau bulu-bulu..kang lagi suka dia kencing..hehe..
hah.. yang macam ni.. tapi kalau korang takde carpet macam ni.. korang try la apa-apa karpet yang jenis seakan ni..keras dan padat..mana tau berkesan gak..


Alhamdulillah.. sangat mujarab... dia kembali kencing berak dalam toilet... yeayyyyyyy.. kucing saya ni comel .. lepas dia berak kencing dalam toilet.. dia ngiawww2 ..nak suh bersihkan cepat la tu. hehe.. kucing ni pembersih sebenarnya.. so, takde la perlu langkah-langkah dan masuk bilik.. rumah pon bersih..

Selamat mencuba ye..

PERKONGSIAN RAKYAT MALAYSIA DI CHINA MENGAHADAPI SITUASI LOCKDOWN KERANA CORONA VIRUS (COVID-19)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sekarang ni satu dunia risau berkenaan covid19 kan. Malaysia pon meningkat mendadak kes positif cov...